Bismillah
Perayaan Krismas haram disambut oleh semua muslim, kerana ajaran Kristian mengatakan bahawa anak tuhan lahir pada 25 Disember. Tidak ada satu ayat pon di dalam Bible yang mengatakan Isa a.s lahir pada 25 disember. Apa yang ada cuma,
Lukas 2:1-8,
”Pada waktu itu Kaisar Agustus mengeluarkan suatu perintah, menyuruh mendaftarkan semua orang di seluruh dunia.
Inilah pendaftaran yang pertama kali diadakan sewaktu Kirenius menjadi wali negeri di Siria. Maka pergilah semua orang mendaftarkan diri, masing-masing di kotanya sendiri.
Demikian juga Yusuf pergi dari kota Nazaret di Galelilea ke Yudea, ke kota Daud yang bernama Betlehem, kerana ia berasal dari keluarga dan keturunan Daud- supaya didaftarkan bersama dengan Maria, tunangannya yang sedang mengandung.
Ketika mereka disitu tibalah waktunya bagi Maria untuk bersalin dan ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung, lalu dibungkusnya dengan lampin dan dibaringkannya di dalam palungan, kerana tidak ada tempat bagi mereka dirumah penginapan.
Di daerah itu ada pengembala-pengembala yang tinggal di padang menjanga kawanan ternak mereka pada waktu malam.”
Matius 2:1, 10, 11
Sesudah JESUS dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman Herodus, datanglah orang-orang Majusi dari Timur ke Yerusalem. Ketika mereka melihat bintang itu, sangat bersuka citalah mereka. Maka masuklah mereka kedalam rumah itu dan melihat anak itu bersama Maria, ibunya.
Apa yang bertentangan seperti zaman pemerintahan raja tidak dihuraikan disini. Apa yang cuba dihuraikan adalah, inilah ayat-ayat yang menyatakan kelahiran Isa a.s. Jadi dimana ayat yang menyatakan 25 Disember? Untuk pengetahuan semua, tiada seorang pun yang masih hidup pada hari ini yang mengetahui tarikh lahir Isa a.s. Ia cuma sangkaan bagi setiap Mazhab dalam Kristian. Bagi katolik, penggunaan 25 disember, 7 Januari bagi Ortodok, 6 Januari bagi Armenian Apostolic Church dan 19 Januari bagi Armenians di Jerusalem.
Saya akan menghuraikan mengenai 25 Disember. Bagaimana dapatnya idea untuk mengatakan 25 Disember adalah tarikh lahir Jesus. Pada satu masa dahulu, 25 Disember merupakan perayaan menyambut kelahiran 'The SUN of God' (Tuhan Matahari), perayaan yang sangat meriah dan menjadi budaya bagi rakyat Rom untuk bersuka ria pada waktu ini. Buktinya dalam Lukas 'Di daerah itu ada pengembala-pengembala yang tinggal di padang menjanga kawanan ternak mereka pada waktu malam.' dan matius Sesudah JESUS dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman Herodus, datanglah orang-orang Majusi dari Timur ke Yerusalem. Ketika mereka melihat bintang itu, sangat bersuka citalah mereka. Maka masuklah mereka kedalam rumah itu dan melihat anak itu bersama Maria, ibunya. bertentangan dengan suhu pada 25 Disember di Israel. Pada masa ini Bethlehem, Israel mengalami musim sejuk. Pengembala tinggal di padang pada waktu malam untuk menjaga ternakan mereka? Dalam cuaca sejuk sebegini, mereka tinggal dipadang? Matius, "mereka melihat bintang", sedangkan hari hendak hujan pun bintang langsung sukar dilihat inikan musim sejuk yang boleh mencecah sehingga kehadiran salji, mereka masih dapat melihat bintang? Padang, apa itu padang? Ternakan di padang. Untuk apa? Meragut rumput, menunjukkan bukan pada musim salji.
Pemahaman menyembah tuhan matahari mula lenyap tetapi apa yang hendak dilakukan pada hari tuhan matahari, hari bersuka ria yang telah mereka sambut berpuluh atau beratus tahun? Maka bertukarlah 'The Sun of God' kepada The Son of God' yang menyatakan Jesus lahir pada 25 disember.
Maka menyambut kelahiran tuhan matahari adalah haram di dalam Islam.
Saya meminta maaf jika ada kesilapan didalam penulisan ini dan juga kepada orang Kristian, penulisan ini cuma untuk memberitahu kepada orang muslim bahawa mengapa kita diharamkan menyambut beberapa perayaan bagi kaum-kaum lain. Jika ada kesilapan sila kemukakan.
Rujukan:Perayaan Natal antara dogma dan toleransi. Hjh Irena Handono (bekas rahib indonesia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan