Kiriman

Dengan KeagunganMu

14.4.11

EVOLUSI HANYA TEORI BUKAN FAKTA

AGAMA TANPA ILMU, BUKAN! ILMU TANPA AGAMA, PINCANG! (E. Einstein)
Setelah diajar oleh seorang penyokong evolusi, di sini rumusannya.

1.Teori Evolusi hanya lamunan, diakui oleh C.Darwin kerana gagal menemui fosil-fosil yang membantunya.

2.Jika semuanya bermula dari satu kehidupan maka setiap spesis sepatutnya haemofrodit kerana jantina tidak diperlukan untuk pergerakan evolusi. Contoh, tidak ada beza antara lelaki dan wanita bagi perkara yang berkaitan dengan suhu. Spesis tidak perlu bertukar menjadi jantina tertentu untuk menjadikan dirinya sesuai dengan persekitaran.

3.Setiap spesis yang sempurna akan mempunyai nilai pemalar phi (golden ratio) yang menunjukkan ia terjadi secara purata. Tidak mungkin semuanya terjadi jika spesis ini terus berubah-ubah. Fakta nilai ini menunjukkan spesis itu kekal sama dari dahulu hingga sekarang cuma skala pembesarannya berubah.

4.Teori ini walaupun ditentang oleh beberapa saintis tetapi penentangan setiap saintis itu tidak diterima global ibarat Keagungan dan Keajaiban dalam Islam yang sentiasa ditutup atau tidak dperbesarkan oleh orang bukan Islam walaupun terdapat bukti saintifik.

5.Perkara yang diajar kepada pelajar evolusi ada antaranya sudah diakui oleh para saintis serta arkeologi bahawa ia bukan sifat-sifat evolusi.

6.Teori ini menentang semua agama walaupun dicipta sendiri oleh orang beragama dari keturunan yang kuat beragama.

7.Mutasi semulajadi tetap akan menukar DNA (dioxyribonucleic acid) secara semula jadi. Ia tidak akan mengubah sifat spesis tersebut tetapi akan menyebabkan spesis itu menjadi lebih kecil. Semua hidupan dimuka bumi ini akan terus mengecil tetapi dalam evolusi jikalau semua spesis bermula dari satu benda yang sama iaitu unicellular, ini bermakna ia membesar sehingga jadi dinosour, kemudian dari hidupan yang besar, ia kembali mengecil.

8.Para penyokong evolusi tidak ada pengetahuan yang kukuh mengenai evolusi, setiap lukisan evolusi akan berubah-ubah jika terdapat penemuan baru.Ia cuma imaginasi. Ini bermakna, mereka juga akan mengakui Adam a.s sebagai manusia pertama jika dapat dibuktikan.

9.Jika evolusi berlaku dengan mengubah spesis tersebut maka seharusnya, setiap spesis hanya terdapat dibeberapa tempat berdasarkan faktor-faktor ia berevolusi.

10.Spesis-spesis yang ini sangat mengagumkan dan tidak mungkin dapat terjadi tanpa adanya Pencipta. (diakui oleh beribu saintis termasuk bekas pengikut aties Anthony Flew.)

12.4.11

Kisah kejadian dari Bibble

Lama
Kejadian 1:1
Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.

Lama
Kejadian 1:2
Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.

Lama
Kejadian 1:3
Berfirmanlah Allah: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi.

Lama
Kejadian 1:4
Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.

Lama
Kejadian 1:5
Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama.

Lama
Kejadian 1:6
Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakrawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air."

Lama
Kejadian 1:7
Maka Allah menjadikan cakrawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian.

Lama
Kejadian 1:8
Lalu Allah menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua.

Lama
Kejadian 1:9
Berfirmanlah Allah: "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian.

Lama
Kejadian 1:10
Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

Lama
Kejadian 1:11
Berfirmanlah Allah: "Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian.


Lama
Kejadian 1:12
Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

Lama
Kejadian 1:13
Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga.

seterusnya rujuk http://einjil.com
_____________________________________________________________________

Rumusan

Hari pertama,
Allah menciptakan langit dan bumi.
*bumi tandus, kosong,tiada bentuk, ada air, ada roh sebagai kehidupan. Penciptaan siang dan malam.

Hari kedua,
Allah menciptakan langit dari air,

Hari ketiga,
Allah menciptakan daratan, air diarah untuk berkumpul disuatu tempat sehingga tanah kering.
*Allah menciptakan tumbuh-tumbuhan.

Hari keempat,
Allah menciptakan sumber-sumber cahaya. Matahari pada waktu siang, bulan pada waktu malam. Bintang-bintang. Semuanya sebagai pengukur masa. Juga untuk memisahkan malam dan siang.

Hari kelima,
Allah menciptakan haiwan di laut dan di darat.

Hari keenam,
Allah menciptakan manusia seperti rupaNya, dan mengarahkan semua manusia dan haiwan memakan tumbuhan.
_______________________Setiap hari terjadinya pagi dan petang___________________________

Kesalahan
1.Siang dan malam dicipta pada hari pertama tetapi matahari tercipta pada hari ke empat.
2. Kejadian 1:6 langit memisah air dari air. Air dilaut dan air di atas bererti awan atau hujan,tidak mungkin keduanya(awan atau hujan) terjadi tanpa adanya matahari.
3.Mana lebih tinggi, awan atau langit?
4.Menciptakan tumbuhan pada hari ketiga, sedangkan matahari tercipta pada hari keempat.Bagaimana tumbuhan dapat hidup tanpa cahaya?
5.Perlagaan idea, Allah menghasilkan binatang pada hari keempat dan mengarah bumi mengeluarkan binatang pada hari kelima.
6.Haiwan karnivor tidak mungkin akan makan tumbuh-tumbuhan. Perkataan yang digunakan adalah segala yang merujuk kepada kesemuanya.

3.4.11

HOLY WATER.. (SUMBER BEKAS PADERI BESAR ANTHONY / AYUB ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH)

Tujuan saya menulis mengenai perkara ini adalah untuk membetulkan pandangan masyarakat umum mengenai holy water. Penceramah merupakan antara yang membuat holy water. Kebanyakan dalam masyarakat kini, salah anggap terhadap holy water. Apa fungsinya? Apa bahannya? Tidak sesuai sekali jika ingin bercerita tentang holy water jika selama ini kita salah faham dengan Holy Water.Holy water hanya digunakan oleh mazhab kristian katolik (salah satu mazhab dari 2000 mahab kristian)  Saya ingin meminta maaf kerana mungkin terdapat kesalahan ejaan pada sesuatu perkataan kerana saya mendengar dan menyalin berdasarkan kata-kata penceramah.

MASA PEMBUATAN
Dibuat setahun sekali oleh beberapa orang paderi, sehari selepas good friday. Good friday merupakan hari dimana penganut kristian mempercayai hari Jesus Christ disalib. Kebanyakan penganut akan berkumpul bukan untuk melihat pembuatannya tetapi ingin melihat Jesus Christ keluar dari kubur. (Jesus akan menjadi salah satu bahan dalam pembuatan Holy Water.)

BAHAN BAHAN
Sesetengah dari kita selalu cakap ia dibuat bercampur dengan arak, darah rahim, air kencing dan lain-lain. Sebenarnya ia dibuat dari air paip. air paip yang dicampur dengan 2 titis minyak zaitun dari jeruselam. Bahan seterusnya adalah lilin setinggi paderi. Kegunaan lilin ini samada sebagai bahan campur atau pengacau saya tidak pasti. Juga ditambah garam. Seterusnya bacaan doa oleh paderi-paderi selama hampir sejam atau lebih. Setelah siap, air ini akan  diminum sedikit oleh paderi-paderi untuk menunjukkan air ini tidak mempunyai racun atau bahan berbahaya.

KEGUNAAN
Anggapan yang salah jika dikatakan air ini digunakan untuk menutup minda orang Islam terhadap agama Islam. Air ini sebenarnya digunakan sebagai bahan wudhu agama penganut agama kristian. Diletakkan diluar gereja katolik, diisi tiap minggu oleh paderi. cara menggunakannya adalah dengan meletakkan sedikit ditangan dan memulakan dengan dahi, dan melakukan penyaliban didada (seperti pemain bola yang berjaya menjaringkan gol tu) dengan bacaan doa 'In the name of father, son and the holy spirit' (mungkin salah tapi bunyinya macam tu la.) Bila penganut kristian buat macamni, semua hantu atau jin atau syaitan yang ikut mereka, akan tunggu diluar sahaja.

HARAM
Air ini haram dijual. bagi sesiapa yang pernah kata meminum air ini, beritahu bagaimana mereka mendapatnya. Dahulu, air ini pernah dijual oleh seseorang bernama simon, pihak katolik sepakat menyatakan haram dijual dan dosa ini dipanggil sin of simony.

MINTA MAAF
Saya meminta maaf dari kesilapan yang telah saya lakukan. Setiap yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari perilaku saya yang serba kekurangan. perkongsian ini adalah bertujuan meningkatkan Ilmu kita semua. InsyAllah. Moga pandangan saya kali ini, mendapat maklum balas dari anda semua.

P/S ada perubahan sedikit didalam pendapat, kristian katolik di Malaysia dan di German. Di Malaysia, kadang kala memang digunakan secara minum. (dari seorang bekas paderi yang berkhidmat di Malaysia, terutama selepas pembaptisan)