Kiriman

Dengan KeagunganMu

14.4.11

EVOLUSI HANYA TEORI BUKAN FAKTA

AGAMA TANPA ILMU, BUKAN! ILMU TANPA AGAMA, PINCANG! (E. Einstein)
Setelah diajar oleh seorang penyokong evolusi, di sini rumusannya.

1.Teori Evolusi hanya lamunan, diakui oleh C.Darwin kerana gagal menemui fosil-fosil yang membantunya.

2.Jika semuanya bermula dari satu kehidupan maka setiap spesis sepatutnya haemofrodit kerana jantina tidak diperlukan untuk pergerakan evolusi. Contoh, tidak ada beza antara lelaki dan wanita bagi perkara yang berkaitan dengan suhu. Spesis tidak perlu bertukar menjadi jantina tertentu untuk menjadikan dirinya sesuai dengan persekitaran.

3.Setiap spesis yang sempurna akan mempunyai nilai pemalar phi (golden ratio) yang menunjukkan ia terjadi secara purata. Tidak mungkin semuanya terjadi jika spesis ini terus berubah-ubah. Fakta nilai ini menunjukkan spesis itu kekal sama dari dahulu hingga sekarang cuma skala pembesarannya berubah.

4.Teori ini walaupun ditentang oleh beberapa saintis tetapi penentangan setiap saintis itu tidak diterima global ibarat Keagungan dan Keajaiban dalam Islam yang sentiasa ditutup atau tidak dperbesarkan oleh orang bukan Islam walaupun terdapat bukti saintifik.

5.Perkara yang diajar kepada pelajar evolusi ada antaranya sudah diakui oleh para saintis serta arkeologi bahawa ia bukan sifat-sifat evolusi.

6.Teori ini menentang semua agama walaupun dicipta sendiri oleh orang beragama dari keturunan yang kuat beragama.

7.Mutasi semulajadi tetap akan menukar DNA (dioxyribonucleic acid) secara semula jadi. Ia tidak akan mengubah sifat spesis tersebut tetapi akan menyebabkan spesis itu menjadi lebih kecil. Semua hidupan dimuka bumi ini akan terus mengecil tetapi dalam evolusi jikalau semua spesis bermula dari satu benda yang sama iaitu unicellular, ini bermakna ia membesar sehingga jadi dinosour, kemudian dari hidupan yang besar, ia kembali mengecil.

8.Para penyokong evolusi tidak ada pengetahuan yang kukuh mengenai evolusi, setiap lukisan evolusi akan berubah-ubah jika terdapat penemuan baru.Ia cuma imaginasi. Ini bermakna, mereka juga akan mengakui Adam a.s sebagai manusia pertama jika dapat dibuktikan.

9.Jika evolusi berlaku dengan mengubah spesis tersebut maka seharusnya, setiap spesis hanya terdapat dibeberapa tempat berdasarkan faktor-faktor ia berevolusi.

10.Spesis-spesis yang ini sangat mengagumkan dan tidak mungkin dapat terjadi tanpa adanya Pencipta. (diakui oleh beribu saintis termasuk bekas pengikut aties Anthony Flew.)

Tiada ulasan: