Kiriman

Dengan KeagunganMu

3.4.11

HOLY WATER.. (SUMBER BEKAS PADERI BESAR ANTHONY / AYUB ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH)

Tujuan saya menulis mengenai perkara ini adalah untuk membetulkan pandangan masyarakat umum mengenai holy water. Penceramah merupakan antara yang membuat holy water. Kebanyakan dalam masyarakat kini, salah anggap terhadap holy water. Apa fungsinya? Apa bahannya? Tidak sesuai sekali jika ingin bercerita tentang holy water jika selama ini kita salah faham dengan Holy Water.Holy water hanya digunakan oleh mazhab kristian katolik (salah satu mazhab dari 2000 mahab kristian)  Saya ingin meminta maaf kerana mungkin terdapat kesalahan ejaan pada sesuatu perkataan kerana saya mendengar dan menyalin berdasarkan kata-kata penceramah.

MASA PEMBUATAN
Dibuat setahun sekali oleh beberapa orang paderi, sehari selepas good friday. Good friday merupakan hari dimana penganut kristian mempercayai hari Jesus Christ disalib. Kebanyakan penganut akan berkumpul bukan untuk melihat pembuatannya tetapi ingin melihat Jesus Christ keluar dari kubur. (Jesus akan menjadi salah satu bahan dalam pembuatan Holy Water.)

BAHAN BAHAN
Sesetengah dari kita selalu cakap ia dibuat bercampur dengan arak, darah rahim, air kencing dan lain-lain. Sebenarnya ia dibuat dari air paip. air paip yang dicampur dengan 2 titis minyak zaitun dari jeruselam. Bahan seterusnya adalah lilin setinggi paderi. Kegunaan lilin ini samada sebagai bahan campur atau pengacau saya tidak pasti. Juga ditambah garam. Seterusnya bacaan doa oleh paderi-paderi selama hampir sejam atau lebih. Setelah siap, air ini akan  diminum sedikit oleh paderi-paderi untuk menunjukkan air ini tidak mempunyai racun atau bahan berbahaya.

KEGUNAAN
Anggapan yang salah jika dikatakan air ini digunakan untuk menutup minda orang Islam terhadap agama Islam. Air ini sebenarnya digunakan sebagai bahan wudhu agama penganut agama kristian. Diletakkan diluar gereja katolik, diisi tiap minggu oleh paderi. cara menggunakannya adalah dengan meletakkan sedikit ditangan dan memulakan dengan dahi, dan melakukan penyaliban didada (seperti pemain bola yang berjaya menjaringkan gol tu) dengan bacaan doa 'In the name of father, son and the holy spirit' (mungkin salah tapi bunyinya macam tu la.) Bila penganut kristian buat macamni, semua hantu atau jin atau syaitan yang ikut mereka, akan tunggu diluar sahaja.

HARAM
Air ini haram dijual. bagi sesiapa yang pernah kata meminum air ini, beritahu bagaimana mereka mendapatnya. Dahulu, air ini pernah dijual oleh seseorang bernama simon, pihak katolik sepakat menyatakan haram dijual dan dosa ini dipanggil sin of simony.

MINTA MAAF
Saya meminta maaf dari kesilapan yang telah saya lakukan. Setiap yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari perilaku saya yang serba kekurangan. perkongsian ini adalah bertujuan meningkatkan Ilmu kita semua. InsyAllah. Moga pandangan saya kali ini, mendapat maklum balas dari anda semua.

P/S ada perubahan sedikit didalam pendapat, kristian katolik di Malaysia dan di German. Di Malaysia, kadang kala memang digunakan secara minum. (dari seorang bekas paderi yang berkhidmat di Malaysia, terutama selepas pembaptisan)

Tiada ulasan: