Kiriman

Dengan KeagunganMu

25.2.11

Isu keluar dari agama

Saya melihat ini bukan isu kecil bagi bangsa saya. Saya rasa mereka (murtad) buta. Mereka tidak nampak apa itu Islam dan bezanya dengan agama yang lain. Islam adalah agama yang bukan dicipta oleh manusia kerana Islam itu meletakkan batas-batas didalam fitrah manusia. sebutlah kepadaku satu agama yang menghalang nafsu aku untuk menyentuh wanita? sebutlah kepada aku satu hukum dunia yang akan membunuhku kerana aku berzina? tunjukkan aku, sesuatu yang menghalang wanita dan lelaki untuk berpakaian terbuka? ingat perempuan pakai tudung tu tak panas ke? baru kat malaysia dah kecoh, belum lagi kat padang pasir.Ni semua fitrah manusia.. Kenapa dihalang? sila rujuk nota kenapa perlu adanya perkahwinan dalam Islam.

Kisah Saudara baru.. (huraian dari buku KISAH SAYA SAUDARA BARU) 
Seorang berbangsa cina, keturunan beragama Buddha. anak bongsu dari 4 adik beradik, semua perempuan. Dalam keluarga ini, mereka dididik untuk belajar tentang kristian. keluarga ini seorang demi seorang akan menjadi kristian sehingga tinggallah si anak bongsu ini dan mak dia. kedua-duanya masih buddha, tetapi si anak ini masih dihantar ke tempat pembelajaran ilmu kristian. Dia ni hebat dalam bahasa melayu walaupun dia hanya bersekolah dengan orang melayu ketika tingkatan 6. masa tingkatan 6 (aliran sastera), dia pernah menyertai pertandingan esei (tema berkaitan membaca)yang akhirnya  meletakkan dia sebagai johan pertandingan tersebut. ayat pertama yang dia gunakan adalah IQRA atau bacalah. dan ketika disana juga dia melihat seorang guru wanita yang memakai pakaian mengandung, bosan. tidak ada corak. Pakai tudung labuh. dah cukup setahun, dia tengok cikgu tu tak beranak lagi. bila ditanya kepada kawan dia, barulah dia tahu baju itu sebenarnya jubah. tanpa antuan sesiapa dia selalu membuat perbandingan antara agama kakak-kakanya dengan agama Islam dengan agama buddha. dia perhatikan, pakaian kakak dia masa ketika menganut buddha dan ketika masa menganut kristian sama ja. shortpant (cina kan selalu pakai shortpant.) tak ada beza pun. masa kakak dia ni murtad dari agama buddha, mak ayah macam tak kisah pun tetapi bila si anak ini murtad dan masuk islam, kecoh seluruh keluarga. Banyak lagi yang dia perhatikan. tiba masa masuk ke pusat pengajian tinggi ramai tanya kenapa dia memilih Islam. Adakah sebab dia bermimpi bertemu Rasullulah atau para sahabat. Dia menjawab melalui pemerhatian. dan dia berfikir sejenak, maknanya beruntung mereka yang dikurniakan hidayah terus dari Allah kerana dapat melihat Rasul yang mulia. Sedangkan saya pun tak pernah lagi.

Di Malaysia

Ditanah ini, kita diancam dengan isu ini. kerana hak kebebasan beragama. Didalam perlembagaan. Kamu bebas untuk memilih agama apa pun apabila cukup umur 18 tahun. Hak kebebasan beragama ini juga ada dalam perlembagaan dunia. Disebabkan ini bukan sedikit yang murtad dari agama mereka untuk memeluk agama Islam. Tambah lagi negara-negara barat. bukan sedikit. jadi umat Muhamad, jangan kamu takut tetapi yakinlah Allah pasti membantu kita. Produk halal pula semakin menarik perhatian agama lain. Yakinlah umat Muhamad, satu hari nanti kamu akan menakluk dunia ini kembali. 

Mohon Maaf

Saya memohon maaf andai pendapat saya pada kali ini, ada percanggahan dari pendapat yang sebenar. Sila kemukakan. Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang terasa sakit hati setelah membaca artikel ini samada beragama Islam atau tidak. Apa yang saya tulis cuma dari pandangan saya yang masih jahil di bumi Allah ini dan saya percaya kamu yang bukan beragama Islam pasti ada pendapat dari apa yang kamu lalui sepanjang hidup kamu juga. Cuma bersamalah kita sebagai orang timur, memandang ke timur dan bersifat ketimuran lah kita. jangan kita lupa kepada agama dan BANGSA kita sendiri.

Penentangan terhadap orang yang bodoh bila berkata2

dia cakap rokok bukan penyebab utama penyakit.. penyebabnya obesiti.. sakit jantung, kencing manis, darah tinggi..
nak dibandingkan dengan penyakit yang berpunca dar rokok (kanser paru2, kanser kerongkong, kanser mulut) penyakit ni lebih menyiksakan.. lebih baik mati dari hidup tersiksa.. menyusahkan orang lain..

Rokok antara penyumbang dana kepada kerajaan
dia cakap lebih dari 5billion diberi syarikat rokok kepada kerajaan..
cuba kira duit dia beli rokok.. jumlah tu tolak dengan ptptn yg dia dapat
dun**ll rm10 sekotak.. 20 batang..
sehari secara purata manusia seorang hisap sepuluh batang rokok.. maknanya.. 2 hari rm10.. 1 hari rm5.. 30 hari rm60.. setahun rm 720.. ptptn bagi rm5000 satu tahun(2sem).. 5000-720=4280.. 4280 untuk study selama setahun?? untuk tampung keperluan asas manusia.. makan + tempat tinggal+ pakaian.. makan sehari 7.00*365=2555, tempat tinggal sebulan 40( katakan la) 40*12=480, pakaian bju, jin, trek shoot, kasut.. (4280-2555-480=1245), xcampur duit pakaian lagi.. xkira pun lagi duit kehendak, minyak motor, duit pengajian?? last2 duit mak bapak jgak la.. duit ptptn xpenah cukup..

kerajaan kaya, korang bankrupt..

ROKOK HARAM

Berdasarkan persidangan fatwa ke 37..

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1.  Rokok menjejaskan akal (mental)
2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  Rokok membahayakan keturunan
5.  Rokok mengganggu manusia lain.
6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk
7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup
8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9.  Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

nikotin adalah dadah.. hisap rokok sama la dengan hisap dadah.. hukum sama jer dengan makan babi..
 rokok ada  unsur arak(alkohol) minum setitik arak, 40 / 44 hari amalan x diterima
adakah berbaloi sumbang 1000 billion pun pada kerajaan dengan korang menempah tiket ke neraka?? wallahualam
Menghalalkan perkara yang haram dan menghalalkan perkara yang haram

Dia cakap ubah perkataan taknak merokok kepada taknak ayam goreng!!

ayam goreng adalah halal, merokok adalah haram.. mana boleh kata nak kepada rokok, kata taknak kepada ayam goreng!!

cakap sedap mulut jer..

Merokok tidak menunjukkan dasar kecerdikan sesorang..

Dia cakap ada setengah menteri merokok.. sedar la menteri 2 hisap rokok berapa ringgit?? ni hisap rokok 50sen sebatang..
elbert einstein ada masalah ketagih rokok paip??
Elbert einstein 2 gila!! nape yg elok xnk dijadikan contoh.. dia (pembentang) sendiri da mewakili orang merokok ni tunjuk akal yang kurang cerdik..

Ulasan saintifik

manusia menyedut gas o2 untuk mebolehkan sistem sel berfungsi dengan elok..  membebaskan co2..  menyedut asap rokok, mengandungi gas monocarbon.. mono carbon yakni lebih kecil dari oksigen dan karbon dioksida.. didalam sel darah merah terdapat haemoglobin untuk menyerap oksigen dan membawanya ke sel2 seluruh badan.. ini menjadikan haemoglobin (diserap 200 kali gnda lebih cepat) kepada oxyhaemoglobin.. pengambilan rokok menyebabkan monocarbon bercambur dengan haemoglobin menjadikannya monohaemoglobin.. menyebabkan bahan tidak sepatutnya sampai ke sel seluruh badan dan melumpuhkan sel2 tertentu serta melemahkan daya pemikiran seseorang.. bahaya kini pada bahagian otak.. manusia masih mampu hidup tanpa otak tetapi hanya ibarat mayat hidup..

jadi lagi bahaya, yang tidak merokok sering menjadi mangsa.. agaknya sampai ada keluarga atau kawan2 yang meniggal baru la nk berhenti merokok..

_____________________________________________________________________________

semua ini ditulis bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk memberitahu kenyataan lagi kebenaran dalam kesabaran setiap perkara yang kita lakukan.. kita hidup bermasyarakat, atas bumi yang kita kongsi bersama, udara yang kita kongsi bersama dan kalau boleh jangan kita kongsi kesedihan di atas bumi yang mampu kita kongsi kegembiraan..

Kenapa perlu adanya perkahwinan dalam Islam

Adui, letih la nak tunggu kahwin. Nafsu remajaku dah tak tahan ni.. Kalau dapat si dia tu. Fuh, puas... Memang dahsyat la. ai, kenapa la Islam melarang seks sebelum nikah? Fitrah manusia la ni..
(kata-kata remaja sekarang cam ni la.)

Isu Fitrah
Apa yang kita faham tentang fitrah? Dari fahaman saya, fitrah itu adalah alur cara manusia hidup secara 'semula jadi'. Manusia lebih suka kepada alur ini. Sebenarnya apa yang menghalang alur ini dikenali sebagai peraturan. Bukan sekadar undang-undang atau syariat Islam sahaja. Tetapi semua undang-undang dicipta untuk menghalang fitrah manusia. Kehendak manusia bukan sekadar seks tetapi kesenangan, inginkan kebebasan. Maka undang-undang dicipta supaya menghalang ‘kebebasan’ agar manusia ini tidak melampaui batasnya. Islam memang melarang keras aktiviti seks bebas atas banyak sebab. Cuma tidak sampai kesemuanya ke akal saya. Molek cakap, sebenarnya benda yang hidup secara fitrah hanyalah binatang sahaja.

Fitrah Binatang.
Kebanyakan sepsis binatang bebas untuk melakukan seks kepada mana-mana haiwan betina yang dia mahukan. Dia cuma perlu menarik minat si betina. Cuma itu sahaja usahanya. Samalah macam fitrah manusia. Pergi saja ‘tackle’ mana mana awek, lepas tu Cuma ayat ayat cinta sikit. Boleh dah berpasangan. Samakan? Apa yang membezakan sekarang adalah perlunya perkahwinan untuk membela nasib wanita.

Pembelaan kepada wanita.
Zaman Jahiliyah adalah Zaman Fitrah Manusia. Wanita? Kaum lemah jangan duduk menyibuk hal lelaki. Disepak, dipukul, dibunuh. Itu semua tidak dianggap salah pun bagi mereka. Fitrah manusia lah, siapa yang kuat duduk diatas.  Binatang pun macam tu juga. Kebanyakan binatang, si jantan cuma nak seks saja, da puas, tinggal la. Si betina ni lak akan mengandung anak-anak yang comel. Kalau kamu nak manusia hidup cam binatang, yang tau ikut fitrah ja, cam ni lah jadinya. Si lelaki melakukan hubungan sepuas puasnya, dah puas tinggal lah.. Si wanita melayani si lelaki sepuas puasnya. Dah puas, mengandunglah si wanita. Bila ditetapkan perlu untuk kita berkahwin, maka perlulah untuk kita sebagai lelaki bertanggungjawab pada bayi yang akan lahir. Kalau binatng nak cari makan senang ja, kutip ja buah-buahan dalam hutan, pergi memburu, semuanya percuma. Cuma perlu berusaha ja. Pergi sekolah pun tak perlu. Tak perlu menuntut ilmu. Nak berada ditempat yang tinggi, senang. Cukup sekadar kuat dan bertenaga. Manusia pula lain, kuat tak memandai dalam kehidupan manusia. Wanita kaum yang lemah, tak larat nak tanggung sorang-sorang.

Lelaki
Simple human, manusia ringkas. Dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Ringkas, malas nak menunjuk-nunjuk. Baju raya pun satu je. Cukup la, wat pe nak banyak-banyak. Kalau perempuan tu, selagi ada duit, jangan cakap la. Lau sesat g la Tanya perempuan, tempat mana yang dia tak tahu. Sifat lelaki memg cam ni. Ni la fitrah lelaki. Maka perlukan undang-undang untuk membuat mereka bertanggungjawab. Bila adanya perkahwinan, si lelaki betul-betul perlu berfikir untuk membuat keputusan. Semuanya bukan lagi simple tetapi trouble. Life is not easy man. Jikalau tiada perkahwinan maka ramai lah lelaki bujang di dunia ni. Perempuan bujang tak berdara pun ramailah kan. Anak-anak bin nama ibu pun jadi ramai lah. Fitrah manusia... kalau sebut poligami marah tapi kalau seks bebas semua nak.
Selain itu, perkahwinan juga dapat mengurangkan penyebaran penyakit dikalangan manusia.

18.2.11

KAMI UMAT ISLAM MAHU ISU KEAGAMAAN DIHENTIKAN

KAMI UMAT ISLAM MAHU ISU KEAGAMAAN DIHENTIKAN

oleh Azfar Ahmad pada pada 18hb Februari 2011 pukul 11.38 pagi


sapa yg xmenghormati kristian? kmi menghormatinya, kmi pcya wujudnya jesus spertimana kmi pcya wujudnya abraham, jacobs n adam.. tetapi, yg berbgsa kristian ni, pcya ke kwujudan 2? cntoh c.darwin.. sdgkn barat ada pkataan adams apple.. kmi mengaku al quran juga ada mengndungi ayat injil kerana alquran itu kesempurnaan bg kitab yg sblum ni.. bukn kmi yg xhormt ttp segelintir bgsa kristian sndri yg xhormt agama mreka sndri.. conth, pengampunan yg berbayar pda msa dhulu.. jelas2 menunjukkn mahu keuntungan.. mereka kata agama itu suatu budaya, siapa yg xingin mengikutinya pon xper.. mlakukan seks hak manusia, sesiapa pon leh wat seks bebas tp knp paderi xbleh kwin (juz my opinion).. Ada yg kta Rasullulah membwa ajrn ni sbb nk puaskn nfsu, sapa xskit ati? gmbar kartun Rasullulah bwa keganasan, sapa xhormt sapa? lg jelas dn nyata.. nk bkar alquran.. islam itu pengganas, mreka pertahankn tanah air mreka.. letupkn dri sndri, smgt ni dilakukn korea di glar kamikaze, bla kmi wat dikatakn penggans xtkot mti.. apa yg aku ckap, bdasarkn pmrhtian aku sbgai org islam.. aku xtau la apa yg kmi wat kat kristian.. tp 2 cma sgelintir jer.. byk lg yg baik, pndag la pula yg baik.. anyway ko an aties, tp aku tgk byk nk backup kristian.. kmu xbleh msuk Islam kmbli except kmu knal n blajar dlu apa itu Islam
(JUZ MY WORD TO MY FRIEND..)

sya Muhamad Azfar bin Ahmad memohon maaf atas sikap segelintir masyarakat Islam yg menunjukkan sikap yg buruk kpada agama yg lain.. Pulangkan Palestin kepaada pmiliknya, hentikan pengganasan terhadap negra2 islam seperti afghanistan dan Iraq.. nk wat serangan pda Israel? iran mampu tpi sy mahukan keamanan.. hentikan sekatan yg kmi mhu bri kpada Palestin.. buat la apa kmu nk buat tp cuba jgn menindas org Islam.. Negra lain pon ada nuklear tpi knapa juz halg teknologi Iran.. Jgn halang kmi untuk berkembang.. Bsama la kita membina dunia.. Hidup dalam aman dan damai.. sy juga menyeru kpada smua umat Islam agar kita bersatu padu dan menghormati agama lain kerana Al-quran telah menyebut, 'Untuk kamu agama kamu, untuk Aku agama aku..' Saya mahukan semua peperangan dihentikan serta merta dan kembalikan hak kami (semua tentera kembali ke negara masing).. jgn pndg Nuklear sbgai alat peperangan tp pandg la sbgai keperluan industri masa depan..Berkawan la sesama kita.. hapuskan sifat2 munafik yg suka memecahbelahkn manusia.. Sekali lagi saya memohon ampun bagi kesalahan yg tidak sepatutnya Kami lakukan.. sy juga meminta maaf kepada semua umat Islam andai kata2 sya mempunyai kesilapan dri pengetahuan dan pandangan sy.. sila kemukakan secept mungkin.. _KENALI ISLAM_

Dan kepada rakyat timur.. tidak kira apa agamamu, atau tidak beragama.. pandangla ketimur.. bersifat ketimuran la kita.. byk lg bnda yg boleh kita dapt dri Timur.. perhatikanla matahari dari timur sebelum sinarnya hadir dri barat..