Kiriman

Dengan KeagunganMu

25.2.11

Penentangan terhadap orang yang bodoh bila berkata2

dia cakap rokok bukan penyebab utama penyakit.. penyebabnya obesiti.. sakit jantung, kencing manis, darah tinggi..
nak dibandingkan dengan penyakit yang berpunca dar rokok (kanser paru2, kanser kerongkong, kanser mulut) penyakit ni lebih menyiksakan.. lebih baik mati dari hidup tersiksa.. menyusahkan orang lain..

Rokok antara penyumbang dana kepada kerajaan
dia cakap lebih dari 5billion diberi syarikat rokok kepada kerajaan..
cuba kira duit dia beli rokok.. jumlah tu tolak dengan ptptn yg dia dapat
dun**ll rm10 sekotak.. 20 batang..
sehari secara purata manusia seorang hisap sepuluh batang rokok.. maknanya.. 2 hari rm10.. 1 hari rm5.. 30 hari rm60.. setahun rm 720.. ptptn bagi rm5000 satu tahun(2sem).. 5000-720=4280.. 4280 untuk study selama setahun?? untuk tampung keperluan asas manusia.. makan + tempat tinggal+ pakaian.. makan sehari 7.00*365=2555, tempat tinggal sebulan 40( katakan la) 40*12=480, pakaian bju, jin, trek shoot, kasut.. (4280-2555-480=1245), xcampur duit pakaian lagi.. xkira pun lagi duit kehendak, minyak motor, duit pengajian?? last2 duit mak bapak jgak la.. duit ptptn xpenah cukup..

kerajaan kaya, korang bankrupt..

ROKOK HARAM

Berdasarkan persidangan fatwa ke 37..

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1.  Rokok menjejaskan akal (mental)
2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  Rokok membahayakan keturunan
5.  Rokok mengganggu manusia lain.
6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk
7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup
8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9.  Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

nikotin adalah dadah.. hisap rokok sama la dengan hisap dadah.. hukum sama jer dengan makan babi..
 rokok ada  unsur arak(alkohol) minum setitik arak, 40 / 44 hari amalan x diterima
adakah berbaloi sumbang 1000 billion pun pada kerajaan dengan korang menempah tiket ke neraka?? wallahualam
Menghalalkan perkara yang haram dan menghalalkan perkara yang haram

Dia cakap ubah perkataan taknak merokok kepada taknak ayam goreng!!

ayam goreng adalah halal, merokok adalah haram.. mana boleh kata nak kepada rokok, kata taknak kepada ayam goreng!!

cakap sedap mulut jer..

Merokok tidak menunjukkan dasar kecerdikan sesorang..

Dia cakap ada setengah menteri merokok.. sedar la menteri 2 hisap rokok berapa ringgit?? ni hisap rokok 50sen sebatang..
elbert einstein ada masalah ketagih rokok paip??
Elbert einstein 2 gila!! nape yg elok xnk dijadikan contoh.. dia (pembentang) sendiri da mewakili orang merokok ni tunjuk akal yang kurang cerdik..

Ulasan saintifik

manusia menyedut gas o2 untuk mebolehkan sistem sel berfungsi dengan elok..  membebaskan co2..  menyedut asap rokok, mengandungi gas monocarbon.. mono carbon yakni lebih kecil dari oksigen dan karbon dioksida.. didalam sel darah merah terdapat haemoglobin untuk menyerap oksigen dan membawanya ke sel2 seluruh badan.. ini menjadikan haemoglobin (diserap 200 kali gnda lebih cepat) kepada oxyhaemoglobin.. pengambilan rokok menyebabkan monocarbon bercambur dengan haemoglobin menjadikannya monohaemoglobin.. menyebabkan bahan tidak sepatutnya sampai ke sel seluruh badan dan melumpuhkan sel2 tertentu serta melemahkan daya pemikiran seseorang.. bahaya kini pada bahagian otak.. manusia masih mampu hidup tanpa otak tetapi hanya ibarat mayat hidup..

jadi lagi bahaya, yang tidak merokok sering menjadi mangsa.. agaknya sampai ada keluarga atau kawan2 yang meniggal baru la nk berhenti merokok..

_____________________________________________________________________________

semua ini ditulis bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk memberitahu kenyataan lagi kebenaran dalam kesabaran setiap perkara yang kita lakukan.. kita hidup bermasyarakat, atas bumi yang kita kongsi bersama, udara yang kita kongsi bersama dan kalau boleh jangan kita kongsi kesedihan di atas bumi yang mampu kita kongsi kegembiraan..

Tiada ulasan: