Kiriman

Dengan KeagunganMu

25.2.11

Kenapa perlu adanya perkahwinan dalam Islam

Adui, letih la nak tunggu kahwin. Nafsu remajaku dah tak tahan ni.. Kalau dapat si dia tu. Fuh, puas... Memang dahsyat la. ai, kenapa la Islam melarang seks sebelum nikah? Fitrah manusia la ni..
(kata-kata remaja sekarang cam ni la.)

Isu Fitrah
Apa yang kita faham tentang fitrah? Dari fahaman saya, fitrah itu adalah alur cara manusia hidup secara 'semula jadi'. Manusia lebih suka kepada alur ini. Sebenarnya apa yang menghalang alur ini dikenali sebagai peraturan. Bukan sekadar undang-undang atau syariat Islam sahaja. Tetapi semua undang-undang dicipta untuk menghalang fitrah manusia. Kehendak manusia bukan sekadar seks tetapi kesenangan, inginkan kebebasan. Maka undang-undang dicipta supaya menghalang ‘kebebasan’ agar manusia ini tidak melampaui batasnya. Islam memang melarang keras aktiviti seks bebas atas banyak sebab. Cuma tidak sampai kesemuanya ke akal saya. Molek cakap, sebenarnya benda yang hidup secara fitrah hanyalah binatang sahaja.

Fitrah Binatang.
Kebanyakan sepsis binatang bebas untuk melakukan seks kepada mana-mana haiwan betina yang dia mahukan. Dia cuma perlu menarik minat si betina. Cuma itu sahaja usahanya. Samalah macam fitrah manusia. Pergi saja ‘tackle’ mana mana awek, lepas tu Cuma ayat ayat cinta sikit. Boleh dah berpasangan. Samakan? Apa yang membezakan sekarang adalah perlunya perkahwinan untuk membela nasib wanita.

Pembelaan kepada wanita.
Zaman Jahiliyah adalah Zaman Fitrah Manusia. Wanita? Kaum lemah jangan duduk menyibuk hal lelaki. Disepak, dipukul, dibunuh. Itu semua tidak dianggap salah pun bagi mereka. Fitrah manusia lah, siapa yang kuat duduk diatas.  Binatang pun macam tu juga. Kebanyakan binatang, si jantan cuma nak seks saja, da puas, tinggal la. Si betina ni lak akan mengandung anak-anak yang comel. Kalau kamu nak manusia hidup cam binatang, yang tau ikut fitrah ja, cam ni lah jadinya. Si lelaki melakukan hubungan sepuas puasnya, dah puas tinggal lah.. Si wanita melayani si lelaki sepuas puasnya. Dah puas, mengandunglah si wanita. Bila ditetapkan perlu untuk kita berkahwin, maka perlulah untuk kita sebagai lelaki bertanggungjawab pada bayi yang akan lahir. Kalau binatng nak cari makan senang ja, kutip ja buah-buahan dalam hutan, pergi memburu, semuanya percuma. Cuma perlu berusaha ja. Pergi sekolah pun tak perlu. Tak perlu menuntut ilmu. Nak berada ditempat yang tinggi, senang. Cukup sekadar kuat dan bertenaga. Manusia pula lain, kuat tak memandai dalam kehidupan manusia. Wanita kaum yang lemah, tak larat nak tanggung sorang-sorang.

Lelaki
Simple human, manusia ringkas. Dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Ringkas, malas nak menunjuk-nunjuk. Baju raya pun satu je. Cukup la, wat pe nak banyak-banyak. Kalau perempuan tu, selagi ada duit, jangan cakap la. Lau sesat g la Tanya perempuan, tempat mana yang dia tak tahu. Sifat lelaki memg cam ni. Ni la fitrah lelaki. Maka perlukan undang-undang untuk membuat mereka bertanggungjawab. Bila adanya perkahwinan, si lelaki betul-betul perlu berfikir untuk membuat keputusan. Semuanya bukan lagi simple tetapi trouble. Life is not easy man. Jikalau tiada perkahwinan maka ramai lah lelaki bujang di dunia ni. Perempuan bujang tak berdara pun ramailah kan. Anak-anak bin nama ibu pun jadi ramai lah. Fitrah manusia... kalau sebut poligami marah tapi kalau seks bebas semua nak.
Selain itu, perkahwinan juga dapat mengurangkan penyebaran penyakit dikalangan manusia.

Tiada ulasan: