Saya melihat ini bukan isu kecil bagi bangsa saya. Saya rasa mereka (murtad) buta. Mereka tidak nampak apa itu Islam dan bezanya dengan agama yang lain. Islam adalah agama yang bukan dicipta oleh manusia kerana Islam itu meletakkan batas-batas didalam fitrah manusia. sebutlah kepadaku satu agama yang menghalang nafsu aku untuk menyentuh wanita? sebutlah kepada aku satu hukum dunia yang akan membunuhku kerana aku berzina? tunjukkan aku, sesuatu yang menghalang wanita dan lelaki untuk berpakaian terbuka? ingat perempuan pakai tudung tu tak panas ke? baru kat malaysia dah kecoh, belum lagi kat padang pasir.Ni semua fitrah manusia.. Kenapa dihalang? sila rujuk nota kenapa perlu adanya perkahwinan dalam Islam.
Kisah Saudara baru.. (huraian dari buku KISAH SAYA SAUDARA BARU)
Seorang berbangsa cina, keturunan beragama Buddha. anak bongsu dari 4 adik beradik, semua perempuan. Dalam keluarga ini, mereka dididik untuk belajar tentang kristian. keluarga ini seorang demi seorang akan menjadi kristian sehingga tinggallah si anak bongsu ini dan mak dia. kedua-duanya masih buddha, tetapi si anak ini masih dihantar ke tempat pembelajaran ilmu kristian. Dia ni hebat dalam bahasa melayu walaupun dia hanya bersekolah dengan orang melayu ketika tingkatan 6. masa tingkatan 6 (aliran sastera), dia pernah menyertai pertandingan esei (tema berkaitan membaca)yang akhirnya meletakkan dia sebagai johan pertandingan tersebut. ayat pertama yang dia gunakan adalah IQRA atau bacalah. dan ketika disana juga dia melihat seorang guru wanita yang memakai pakaian mengandung, bosan. tidak ada corak. Pakai tudung labuh. dah cukup setahun, dia tengok cikgu tu tak beranak lagi. bila ditanya kepada kawan dia, barulah dia tahu baju itu sebenarnya jubah. tanpa antuan sesiapa dia selalu membuat perbandingan antara agama kakak-kakanya dengan agama Islam dengan agama buddha. dia perhatikan, pakaian kakak dia masa ketika menganut buddha dan ketika masa menganut kristian sama ja. shortpant (cina kan selalu pakai shortpant.) tak ada beza pun. masa kakak dia ni murtad dari agama buddha, mak ayah macam tak kisah pun tetapi bila si anak ini murtad dan masuk islam, kecoh seluruh keluarga. Banyak lagi yang dia perhatikan. tiba masa masuk ke pusat pengajian tinggi ramai tanya kenapa dia memilih Islam. Adakah sebab dia bermimpi bertemu Rasullulah atau para sahabat. Dia menjawab melalui pemerhatian. dan dia berfikir sejenak, maknanya beruntung mereka yang dikurniakan hidayah terus dari Allah kerana dapat melihat Rasul yang mulia. Sedangkan saya pun tak pernah lagi.
Di Malaysia
Ditanah ini, kita diancam dengan isu ini. kerana hak kebebasan beragama. Didalam perlembagaan. Kamu bebas untuk memilih agama apa pun apabila cukup umur 18 tahun. Hak kebebasan beragama ini juga ada dalam perlembagaan dunia. Disebabkan ini bukan sedikit yang murtad dari agama mereka untuk memeluk agama Islam. Tambah lagi negara-negara barat. bukan sedikit. jadi umat Muhamad, jangan kamu takut tetapi yakinlah Allah pasti membantu kita. Produk halal pula semakin menarik perhatian agama lain. Yakinlah umat Muhamad, satu hari nanti kamu akan menakluk dunia ini kembali.
Mohon Maaf
Saya memohon maaf andai pendapat saya pada kali ini, ada percanggahan dari pendapat yang sebenar. Sila kemukakan. Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang terasa sakit hati setelah membaca artikel ini samada beragama Islam atau tidak. Apa yang saya tulis cuma dari pandangan saya yang masih jahil di bumi Allah ini dan saya percaya kamu yang bukan beragama Islam pasti ada pendapat dari apa yang kamu lalui sepanjang hidup kamu juga. Cuma bersamalah kita sebagai orang timur, memandang ke timur dan bersifat ketimuran lah kita. jangan kita lupa kepada agama dan BANGSA kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan